Monday, July 12, 2010

Aktiviti 3 :

  1. Dapatkan 3 Definisi kreativiti dari literatur
  2. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  3. Dapatkan definisi inovatif dari literatur
  4. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  5. Apakah berkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Definisi kreativiti

Apakah yang dikatakan dengan kreativiti? Terdapat pelbagai definisi dan pendapat berkaitan perkataan tersebut. Majaro (1992) mengatakan kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Berdasarkan 3 pendefinisian tersebut bolehlah dirumuskan kreativiti sebagai satu proses pemikiran yang membawa kepada penemuan atau hasilan baru yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.


Definisi Inovatif

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Berdasarkan definisi yang dinyatakan inovasi merupakan kejayaan seseorang atau organisasi dalam menghasilkan idea, amalan atau objek baru yang boleh mempertingkatkan hasil atau output keluaran dan digunasama oleh manusia dan komuniti.


Perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Memang jelas ada perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer. Pada kebiasaanya seorang guru komputer memerlukan kreativiti dan inovasi dalam p & p komputer. Ini disebabkan faktor kesediaan belajar pelajar kini telah berubah. Guru perlu memiliki kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam memastikan p & p berjalan dengan berkesan dan lancar.

Sunday, July 4, 2010

Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer (5 Minda Masa Depan)

AKTIVITI 1 : MINDA DISIPLIN (DISCIPLINE MIND)

Dapatkan intisari minda disiplin oleh Horward Gardner


  • Menurut Horward Gardner seseorang itu perlu dan mampu berfikir mengikut disiplin ilmu
  • berkepakaran dalam sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran ilmu, sebagai contoh mahir dalam ilmu perkomputeran
  • mengaplikasikan ilmu yang dimiliki secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.

Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

  • Berdasarkan kepada minda disiplin Horword Gardner ini dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, seseorang jurulatih, guru atau fasilitator perlulah boleh berfikir dengan sebaiknya dalam ilmu perkomputeran yang dimiliki. Ilmu yang dimiliki pula perlu dipertingkat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan status sebagai penceramah agar boleh disampaikan ilmu tersebut kepada peserta kursus.

AKTIVITI 2: MINDA PENSINTESISAN (SYNTHESIZING MIND)

Dapatkan intisari Minda pensintesisan oleh Horward Gardner

  • Minda yang paling penting ialah minda menggabungjalinkan (the Synthesizing Mind).
  • Mengabungjalin idea untuk menghuraikan dengan lebih lanjut pemikiran dan pendapat dalam menghasilkan sesuatu yang lebih baik

Berikan contoh bagaimana minda pensintesisan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

  • Dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri

Saturday, June 19, 2010

Perbandingan dan perkaitan

Apakah perbezaan antara pemikiran visual dengan literasi visual.


Pemikiran visual

Literasi visual

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah

sebagai “kebolehan membentuk makna daripada imej visual” (Giorgis, Johnson, Bonomo, Colbert, &
al, 1999:146)

pemikiran visual adalah pendekatan untuk memahami, menghasilkan, dan berkomunikasi.

literasi visual sebagai memperoleh pengetahuan dan pengalaman tentang fungsi media visual dan digabungkan dengan tingginya kesedaran tentang fungsi-fungsitersebut

Literasi visual mengandungi kumpulan cara-cara yang membolehkan seseorang untuk memahami dan menggunakan visual dalam menekankan komunikasi dengan orang lain.(Ausburn & Ausburn, 1978:291).

  • Apakah persamaan antara pemikiran visual dan literasi visual.
  • Apakah perkaitan pemikiran visual dengan literasi visual.
  • Kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

Monday, May 17, 2010

Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK)

  • Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah Kreatif dari literatur.
  • Kemukakan sintesis dari definifi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran
  • dan pembelajaran komputer.
  • Kemukakan contoh.
John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986) (Skidmore, 2000) menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu (Hepworth & Larsen, 2002).

Literasi Multimedia

  • Dapatkan definisi literasi multimedia dari literatur.
  • Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.

Sunday, May 16, 2010

Penyelesaian Masalah (PM)

  • Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah dari literatur.
  • Kemukakan sintesis dari definisi dari definis-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Kemukakan contoh

Literasi Maklumat

Dapatkan definisi literasi maklumat dari literatur

Definisi asas literasi adalah “dalam keadaan yang literasi (celik huruf)” menurut Chambers English Dictionary (2003).

Berikut adalah dapatan literatur mengenai definisi literatur maklumat:
  • American Association of School Librarians (AASL) (Persatuan Pustakawan Sekolah Amerika), pelopor dalam bidang LM, dan Association for Educational Communications and Technologies (Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan) menyatakan bahawa “literasi maklumat adalah – keupayaan mencari dan mengguna maklumat – adalah kunci pembelajaran sepanjang hayat” (Byerly/Brodie, 1999).
  • Rader (1991) menyatakan literasi maklumat sebagai satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan.

Ringkasnya, literasi maklumat dianggap sebagai pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk mengenalpasti dengan tepatnya maklumat yang dikehendaki bagi melakukan tugas khusus atau menyelesaikan sesuatu masalah, mencari maklumat secara berkesan dari segi kos, menyusun atau menyusun semula maklumat, mentafsir dan menganalisis maklumat sejurus ia dijumpai dan didapatkan semula (contoh, muat-turun),


Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer

Dalam pendidikan komputer, literasi maklumat adalah diperlukan. Antara guru dengan pelajar kedua-dua pihak perlu tahu menggunakan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Mengapa perlu literasi maklumat dalam pendidikan komputer:
  • Ilmu mengenai komputer semakin canggih dan sentiasa berubah
  • Banyak maklumat yang hendak disampai dan perlu diketahui
  • mengetahui bagaimana untuk mengesan, mengenalpasti akses, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakan maklumat itu.
  • Untuk menjadi seorang literasi maklumat, seseorang itu harus tahu bagaimana mendapat manfaat dari dunia pengetahuan, dan memasukkan pengalaman-pengalaman orang lain ke dalam latar belakangnya.
  • Keupayaan menterjemahkan data dan maklumat menjadi pengetahuan, wawasan, dan kefahaman