Aktiviti 1 : Teori Behaviorisme
Jadual menunjukan ringkasan penyelidikan ahli-ahli Teori Behavioris
Ahli Teori |
Dikenali sebagai |
Fahaman / Penekanan |
Alat |
Cara penyelidikan (Perulangan) |
Tindak balas |
Ivan Petrovich Pavlov
(1849-1939) |
Pelaziman klasik |
Perubahan tinkah laku |
anjing |
loceng dibunyi |
Air liur keluar apabila anjing terlihat daging |
John B. Watson
(1878-1958) |
Pelaziman Emosi Watson |
Emosi atau perasaan |
manusia (Albert) |
tikus putih, kain putih |
ketakutan terhadap benda atau haiwan berwarna putih
|
Thorndike E.L
(1898) |
Pembelajaran cuba jaya |
Ganjaran penting dalam pembelajaran |
kucing |
kucing dimasukan dalam sangkar khas yang selak
boleh tertanggal |
Kucing keluar dari sangkar apabila selak sangkar
tertanggal |
B.F Skinner
(1938) |
|
Peneguhan dalam pengajaran
|
burung merpati dan tikus
|
kotak kajian (Peti Skinner) |
Tikus dan burung merpati berjaya mendapat makanan apabila tertekan alat penekan
|
Menurut Pavlov, akibat pelaziman yang terbiasa oleh anjing
terhadap daging menyebabkan anjing tersebut bertindak balas terhadap daging
yang diberikan. Peringkat ini dikenali sebagai pelaziman.
Apakah teori behavioris ini boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran komputer? Berdasarkan penyelidikan Pavlov tersebut, sudah tentulah
teori behavioris ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
Prinsip kekerapan ataupun pelaziman kepada situasi yang mana lebih kerap gerak
balas terhadap sesuatu rangsangan dilakukan lebih besar kecenderungan mengulangi
gerak balas yang sama atau latih-tubi. Ini boleh dijadikan sandaran kepada kebolehan
teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran komputer. Sebagai contoh dalam pengajaran
dan pembelajaran komputer, pelaziman yang digunakan oleh guru dalam menggunapakai perisian Paint boleh membantu murid-murid Tahun 1 mengaplikasikan teknik dan penggunaan
tetikus. Apabila murid telah terbiasa atau pelaziman menggunakan perisaan Paint ini sebagai contoh fungsi mewarna ataupun melukis objekdan sebaginya, lama-kelamaan membolehkan mereka menggunakan tetikus dengan
lancar.
Jadual menunjukan ringkasan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Teori Behavioris
Pengajaran |
Pelaziman |
Hasil |
Paint |
Perulangan pembelajaran perisian Paint
|
Pergerakan tangan dalam mengawal tetikus menjadi
lebih lancar. |
Ahli-ahli teori ini begitu kreatif dalam menjalankan penyelidikan.
Sebagai orang biasa, kita mungkin tidak terfikir untuk melakukan penyelidikan sebagaimana ahli Behavioris ini melakukan penyelidikan. Sebagai guru, perlulah
mengamalkan ataupun memiliki kreativiti yang tersendiri dalam masa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan objektif dan pengajaran
dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan. Pun begitu, dalam menghasilkan
sesuatu yang berunsur kreativiti seorang guru tidak perlu menggunakan kos yang
tinggi ataupun sesuatu yang begitu canggih hinggakan tidak berjaya dihasilkan. Sebagai contoh, Pavlov hanya menggunakan anjing, loceng dan daging sahaja dan Pavlov berjaya dalam melakukan penyelidikannya.
Aktiviti 2 : Teori Kognitif
Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti
Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur
dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada
cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif,
dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam
ingatan.
Aktiviti 3 : Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan
teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali
sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini
menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi
bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan
oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang
optimum kepada kefahaman pelajar.
Rujukan
- Psikologi Pendidikan, Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan,PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, Bentong, Pahang, Cetakan Kedua 2004