Sunday, April 25, 2010

literasi media

  • Dapatkan definisi literasi media dari literatur.
  • Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.
Definisi Literasi Media

Antara definisi literasi media yang diperoleh daripada literatur ialah :


Thursday, April 15, 2010

Pemikiran Visual

Aktiviti 1 :

  • Dapatkan tiga definisi pemikiran visual (visual thinking) dari literatur.
  • Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Kemukakan contoh.

Pemikiran Strategik

  • Dapatkan tiga definisi pemikiran strategik dari literatur.
  • Kemukan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
  • Kemukakan contoh pemikiran strategik dalam pengajaran dan pembelajaran
    komputer.

Friday, April 9, 2010

Kajian Ke Perpustakaan - Ulasan Buku

Ulasan Buku

Creating Active Thinkers – 9 Strategies for a thoughful Classroom: Pengarang Anne J. Udall dan Joan E. Daniels, disunting oleh Emily DiSante dan Stacy Lynn, Masterpiece Publication Sdn Bhd, 2006. 167 muka surat. ISBN 983-3710-60-3. Ulasan oleh Rahim bin Omar.


Buku ini menumpukan bagaimana topik panas yang diperkatakan dalam dunia pendidikan pada masa kini iaitu berkaitan dengan aras berfikir yang kompleks. Persoalan yang kerap diutarakan ialah apakah yang dikatakan dengan kemahiran berfikir dan bagaimana pula untuk mengajarnya. Banyak bukti berkaitan dengan perkara ini boleh diperolehi dengan di universiti, sekolah, rumah dan juga perniagaan. Banyak pihak memperkatakannya hinggakan ahli psikologi terkenal mengkategorikan kemahiran berfikir kepada model-model tertentu hinggakan membingungkan mereka.

Penulis buku menyatakan adalah sukar untuk memulakan pengajaran berfikir dan kadang-kala membawa kepada kekecewaan. Penulis merupakan antara mereka yang berpengalaman dalam melaksanakan pembelajaran dan pembelajaran antaranya untuk murid pintar cerdas, kelas biasa, akademik dan terlibat juga dalam program berkaitan dengan kemahiran berfikir.Menurut penulis, faktor terbiasa atau telah selesa dengan suasana atau persekitaran merupakan faktor kepada sukarnya untuk manusia itu berubah. Pada mulanya penulis cuba untuk membawa para pelajar untuk berfikir bersama semasa dalam kelas. Mereka gagal. Ini kerana pihak universiti tidak menyediakan kepada penulis untuk mengajar pelajar berfikir.Pelajar masih menjadi pelajar yang pasif. Bila disuruh berfikir mereka sukar untuk berbuat demikian. Ini tidak bermakna para pelajar tidak tahu berfikir sebaliknya pelajar tidak diberi pendedahan tentang bagaimana untuk berfikir, pelajar diberi masa yang sedikit untuk latihan berfikir dan hanya dibekalkan dengan sedikit panduan mengenai kemahiran berfikir.

Penulis menggariskan beberpa panduan untuk guru/jurulatih komputer dalam mencapai kejayaan kelas/kursus bijaksana. Antaranya:

  1. Masa
  2. Komitmen untuk mencuba sesuatu yang baharu
  3. Mempercayai bahawa kemahiran aras berfikir kompleks boleh membantu kepada kecapaian objektif pelajar/peserta
  4. Berkeyakinan bahawa pelajar/peserta kursus mampu untuk berfikir dalam aras berfikir kompleks

Apa yang membezakan antara kelas/kursus biasa dengan kelas/kursus bijaksana? Dalam kelas/kursus biasa guru/jurulatih banyak bercakap sama ada dalam bentuk syarahan, ceramah, menyampaian ilmu dalam dan sebagainya. Pendek kata semuanya dibuat oleh guru/jurulatih Pelajar/peserta hanya mendengar. Akan tetapi dalam kelas/kursus bijaksana hal ini berbeza. Guru/jurulatih hanya sebagai fasilitator dan mendorong pelajar untuk bersaing, merenung dan mengambil risiko. Apa yang dapat dilihat melalui aktivit begini ialah peserta akan memberikan pendapat dan sering tidak bersetuju dengan pendapat orang lain dan jurulatih mereka sendiri. Aspek aktiviti dalam kelas/kursus bijaksana pula bermula dari kumpulan yang besar kepada kumpulan kecil, jurulatih memandu kepada aktiviti perbincangan ke arah kerjasama dalam perbincangan kumpulan. Dalam format pembelajaran aktif, peserta dan jurulatih mengikut serta dalam perbincangan yang melibatkan manipulasi dan latihan hands-on.

Seorang jurulatih komputer perlu memastikan peserta kursus melakukan aktiviti seperti di bawah bagi memastikan kursus yang dikendalikan lari daripada kursus tradisional.

  1. mengambil bahagian
  2. memberi alasan kepada soalan yang dikemuka
  3. memberi jawapan tepat dan perkataan yang spesifik
  4. diberi masa yang cukup untuk berfikir mengenai masalah
  5. tetap dengan permasalah yang diberi walaupun sukar untuk diatasi
  6. diberi peluang untuk memberi pandangan dan pendapat
  7. mendengar pendapat peserta lain
  8. berfikir
  9. bertanya dalam aras berfikir kompleks mengenai topik