Monday, July 12, 2010

Aktiviti 3 :

  1. Dapatkan 3 Definisi kreativiti dari literatur
  2. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  3. Dapatkan definisi inovatif dari literatur
  4. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  5. Apakah berkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Definisi kreativiti

Apakah yang dikatakan dengan kreativiti? Terdapat pelbagai definisi dan pendapat berkaitan perkataan tersebut. Majaro (1992) mengatakan kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Berdasarkan 3 pendefinisian tersebut bolehlah dirumuskan kreativiti sebagai satu proses pemikiran yang membawa kepada penemuan atau hasilan baru yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.


Definisi Inovatif

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Berdasarkan definisi yang dinyatakan inovasi merupakan kejayaan seseorang atau organisasi dalam menghasilkan idea, amalan atau objek baru yang boleh mempertingkatkan hasil atau output keluaran dan digunasama oleh manusia dan komuniti.


Perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Memang jelas ada perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer. Pada kebiasaanya seorang guru komputer memerlukan kreativiti dan inovasi dalam p & p komputer. Ini disebabkan faktor kesediaan belajar pelajar kini telah berubah. Guru perlu memiliki kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam memastikan p & p berjalan dengan berkesan dan lancar.

Sunday, July 4, 2010

Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer (5 Minda Masa Depan)

AKTIVITI 1 : MINDA DISIPLIN (DISCIPLINE MIND)

Dapatkan intisari minda disiplin oleh Horward Gardner


  • Menurut Horward Gardner seseorang itu perlu dan mampu berfikir mengikut disiplin ilmu
  • berkepakaran dalam sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran ilmu, sebagai contoh mahir dalam ilmu perkomputeran
  • mengaplikasikan ilmu yang dimiliki secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.

Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

  • Berdasarkan kepada minda disiplin Horword Gardner ini dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, seseorang jurulatih, guru atau fasilitator perlulah boleh berfikir dengan sebaiknya dalam ilmu perkomputeran yang dimiliki. Ilmu yang dimiliki pula perlu dipertingkat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan status sebagai penceramah agar boleh disampaikan ilmu tersebut kepada peserta kursus.

AKTIVITI 2: MINDA PENSINTESISAN (SYNTHESIZING MIND)

Dapatkan intisari Minda pensintesisan oleh Horward Gardner

  • Minda yang paling penting ialah minda menggabungjalinkan (the Synthesizing Mind).
  • Mengabungjalin idea untuk menghuraikan dengan lebih lanjut pemikiran dan pendapat dalam menghasilkan sesuatu yang lebih baik

Berikan contoh bagaimana minda pensintesisan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

  • Dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri