Monday, July 12, 2010

Aktiviti 3 :

  1. Dapatkan 3 Definisi kreativiti dari literatur
  2. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  3. Dapatkan definisi inovatif dari literatur
  4. Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  5. Apakah berkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Definisi kreativiti

Apakah yang dikatakan dengan kreativiti? Terdapat pelbagai definisi dan pendapat berkaitan perkataan tersebut. Majaro (1992) mengatakan kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Berdasarkan 3 pendefinisian tersebut bolehlah dirumuskan kreativiti sebagai satu proses pemikiran yang membawa kepada penemuan atau hasilan baru yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.


Definisi Inovatif

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Berdasarkan definisi yang dinyatakan inovasi merupakan kejayaan seseorang atau organisasi dalam menghasilkan idea, amalan atau objek baru yang boleh mempertingkatkan hasil atau output keluaran dan digunasama oleh manusia dan komuniti.


Perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer

Memang jelas ada perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer. Pada kebiasaanya seorang guru komputer memerlukan kreativiti dan inovasi dalam p & p komputer. Ini disebabkan faktor kesediaan belajar pelajar kini telah berubah. Guru perlu memiliki kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam memastikan p & p berjalan dengan berkesan dan lancar.

No comments:

Post a Comment