Saturday, January 9, 2010

Aktiviti 1 : Ayat-ayat Al-Quran tentang berfikir dan akal


Allah SWT telah mengurniakan manusia dengan sebaik-baik anugerah iaitu akal. Dengan akal manusia berfikir. Akal jugalah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menggunakan akal untuk berfikir.

Adakah kita menggunakan akal untuk berfikir? Jika belum marilah kita gunakan akal anugerah Allah itu untuk berfikir.


Berikut diperturunkan beberapa ayat Al-Quran berkaitan dengan berfikir dan akal :

Ayat-ayat berkaitan berfikir
  1. Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? - Surah Al-Shuara ayat 75
  2. (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar). - Surah Fatir ayat 37
  3. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? - Surah Ya-Seen ayat 62
  4. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. - Surah Al-Noor ayat 44
  5. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. - Surah Luqman ayat 32
Ayat-ayat berkaitan dengan akal
  1. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.- Surah Yusuf ayat 2
  2. Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;- Surah Al-Jinn ayat 4
  3. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. - Surah An-Nahl ayat 78
  4. Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.- Surah As-Sajda ayat 9
  5. Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? - Surah Al-E-Imran ayat 65
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran mengenai berfikir dan akal

No comments:

Post a Comment