Thursday, February 18, 2010

Aktiviti 6 : Teori Pembelajaran yang berkaitan dengan Kreativiti

titled Document
Apakah yang dikatakan dengan teori? Dorin, Demmin, dan Gabel (1990) menjelaskan beberapa pengertian teori yang meliputi; Suatu teori menyajikan penjelasan umum berdasarkan pengamatan yang dilakukan dalam jangka lama; Suatu teori menjelaskan dan meramalkan perilaku. Suatu teori tidak dibangun dalam keraguan. Suatu teori dapat dimodifikasi. Kebanyakan teori tidak dapat dibuang seluruhnya bila diuji kembali, tetapi teori dapat diterima dalam waktu yang lama kemudian menjadi usang dan tidak dapat dibuktikan kebenarannya sehingga tidak diterima lagi.

Aktiviti 1 : Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajarandan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Jadual menunjukan ringkasan penyelidikan ahli-ahli Teori Behavioris











































Ahli Teori
Dikenali sebagai
Fahaman / Penekanan
Alat
Cara penyelidikan (Perulangan)
Tindak balas
Ivan Petrovich Pavlov

(1849-1939)

Pelaziman klasik
Perubahan tinkah laku
anjing
loceng dibunyi
Air liur keluar apabila anjing terlihat daging
John B. Watson

(1878-1958)

Pelaziman Emosi Watson
Emosi atau perasaan
manusia (Albert)
tikus putih, kain putih
ketakutan terhadap benda atau haiwan berwarna putih
Thorndike E.L

(1898)

Pembelajaran cuba jaya
Ganjaran penting dalam pembelajaran
kucing
kucing dimasukan dalam sangkar khas yang selak
boleh tertanggal
Kucing keluar dari sangkar apabila selak sangkar
tertanggal
B.F Skinner

(1938)










Peneguhan dalam pengajaran
burung merpati dan tikus
kotak kajian (Peti Skinner)
Tikus dan burung merpati berjaya mendapat makanan apabila tertekan alat penekan





Menurut Pavlov, akibat pelaziman yang terbiasa oleh anjing
terhadap daging menyebabkan anjing tersebut bertindak balas terhadap daging
yang diberikan. Peringkat ini dikenali sebagai pelaziman.

Apakah teori behavioris ini boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran komputer? Berdasarkan penyelidikan Pavlov tersebut, sudah tentulah
teori behavioris ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
Prinsip kekerapan ataupun pelaziman kepada situasi yang mana lebih kerap gerak
balas terhadap sesuatu rangsangan dilakukan lebih besar kecenderungan mengulangi
gerak balas yang sama atau latih-tubi. Ini boleh dijadikan sandaran kepada kebolehan
teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran komputer. Sebagai contoh dalam pengajaran
dan pembelajaran komputer, pelaziman yang digunakan oleh guru dalam menggunapakai perisian Paint boleh membantu murid-murid Tahun 1 mengaplikasikan teknik dan penggunaan
tetikus. Apabila murid telah terbiasa atau pelaziman menggunakan perisaan Paint ini sebagai contoh fungsi mewarna ataupun melukis objekdan sebaginya, lama-kelamaan membolehkan mereka menggunakan tetikus dengan
lancar.




Jadual menunjukan ringkasan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Teori Behavioris
















Pengajaran
Pelaziman
Hasil
Paint
Perulangan pembelajaran perisian Paint
Pergerakan tangan dalam mengawal tetikus menjadi
lebih lancar.


Ahli-ahli teori ini begitu kreatif dalam menjalankan penyelidikan.
Sebagai orang biasa, kita mungkin tidak terfikir untuk melakukan penyelidikan sebagaimana ahli Behavioris ini melakukan penyelidikan. Sebagai guru, perlulah
mengamalkan ataupun memiliki kreativiti yang tersendiri dalam masa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan objektif dan pengajaran
dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan. Pun begitu, dalam menghasilkan
sesuatu yang berunsur kreativiti seorang guru tidak perlu menggunakan kos yang
tinggi ataupun sesuatu yang begitu canggih hinggakan tidak berjaya dihasilkan. Sebagai contoh, Pavlov hanya menggunakan anjing, loceng dan daging sahaja dan Pavlov berjaya dalam melakukan penyelidikannya.




Aktiviti 2 : Teori Kognitif


Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti
Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur
dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada
cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif,
dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam
ingatan.




Aktiviti 3 : Teori Sosial


Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan
teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali
sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini
menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi
bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan
oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang
optimum kepada kefahaman pelajar.





Rujukan

  1. Psikologi Pendidikan, Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan,PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, Bentong, Pahang, Cetakan Kedua 2004


















































No comments:

Post a Comment